Semua Menteri bercuti di luar negara diarah pulang segera: Ismail Sabri

December 24, 2021 · Isu semasa

Semua Menteri Kabinet diarahkan pulang segera ke tanahair dan membatalkan percutian mereka jika berada di luar negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Arahan tersebut diberikan Perdana Menteri (PM) supaya semua Menteri dalam pentadbirannya dapat membantu rakyat yang sedang berdepan bencana banjir besar melanda negara dan sudah mengakibatkan banyak kematian ketika ini.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Gesaan Ismail Sabri itu tampil selepas kematian mangsa akibat banjir yang memusnahkan bandar-bandar utama di Lembah Klang dan negeri-negeri lain mencecah 41 orang.

Jumlah korban itu mengatasi mangsa banjir yang berlaku pada 2014 yang menyebabkan kira-kira 200,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Pemimpin politik sama ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima kecaman awam susulan kegagalan menggerakkan usaha pemindahan dan menyelamat di Selangor yang paling terjejas akibat banjir yang berlaku.

Hujan lebat sejak hujung minggu lalu menyebabkan sebahagian besar Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat ditenggelami air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan ramalan luruan monsun bakal berlaku selepas perayaan Krismas di mana ia boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 hingga 30 Disember ini.

Luruan monsun pada 27 hingga 30 Disember itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia turut memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan itu turut termasuk kawasan perairan pantai timur semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.”

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok