Najib salahkan PH batal projek tebatan banjir RM3b di Shah Alam

December 24, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor kerana membatalkan projek tebatan bernilai RM3 bilion hingga menyebabkan banjir berlaku di Shah Alam.

Menurutnya projek tebatan banjir berskala besar itu yang dinamakan ‘Canal City’ dimulakan pada 2008 di sekitar Kota Kemuning dan Taman Sri Muda – lokasi paling teruk dilanda banjir di Shah Alam beberapa hari lalu.

Katanya projek itu dirancang dan dilaksanakan di bawah kerajaan BN sebelum Selangor jatuh ke tangan PH setelah Pilihan Raya Umum Ke-12.

“Kerajaan BN Selangor sebelum tahun 2008 pernah memulakan projek tebatan banjir berskala amat besar yang dinamakan Canal City. Pada tahun 2007, projek itu sudah diberi peruntukan RM3 bilion.

“Lokasi projek tersebut adalah ke selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar Taman Seri Muda dan Kota Kemuning.

“Ia melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18km merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut Najib beberapa terusan sekundar juga akan dibina, selain takungan air yang amat besar seperti ‘hybrid off river augmentation system’ untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor.

“Projek telah mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009 tetapi tergendala apabila kerajaan Pakatan ambil alih Selangor selepas PRU12. Lalu projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.

“Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah giler kepada developer dua minggu sebelum PRU13.

“Jika terusan air ini dapat mengurangkan risiko banjir disamping dapat menambah rizab air mentah Selangor namun saya rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” katanya.

Berdasarkan rekod, projek itu bertujuan mengurangkan masalah banjir di sekitar Lembah Klang dengan mengalihkan 30 peratus aliran Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok