Pasukan pembela Najib selesai kemuka hujah rayuan

April 13, 2021 · Isu semasa

Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak hari ini selesai mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan, terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ini adalah cubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas beliau.

Beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Pasukan pembelaan sepatutnya selesai berhujah Khamis lalu, tetapi meminta masa tambahan sehingga hari ini untuk melengkapkan rayuan.

Pendengaran rayuan itu direkodkan selama 12 hari iaitu pada 5-8 April, 12-15 April dan 19-22 April ini.

Sementara pihak pembelaan dan pendakwaan diberi tambahan dua hari untuk menggulungkan hujah masing-masing.

Rayuan Najib sepatutnya didengar pada 15 Februari lalu, tetapi digantikan dengan tarikh baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Sepanjang prosiding enam hari, sejumlah 20 dokumen yang mengandungi lebih 2,000 muka surat berkaitan dengan rayuan diserahkan kepada mahkamah.

Bermula esok, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram akan memulakan hujah pendakwaan.

Prosiding itu akan didengar di hadapan tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, serta Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Datuk Has Zanah Mehat.

Sepanjang prosiding rayuan pasukan pembelaan, Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Najib tidak tahu wang dalam akaun bank beliau dipindah masuk daripada SRC International Sdn Bhd.

Ini kerana bekas Perdana Menteri itu, pada sepanjang masa percaya bahawa wang dalam akaun AmBank beliau adalah baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Antara lain, peguam Najib, Farhan Read turut memberitahu mahkamah sama, yang Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan pertuduhan dana SRC International Sdn Bhd bagaikan ‘terdorong’ untuk memutuskan anak guamnya itu bersalah.

Prosiding bersambung esok.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok