IJN berpuas hati pemeriksaan kesihatan Dr M, bakal keluar tak lama lagi

December 21, 2021 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad bakal dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) tidak lama lagi selepas menjalani rawatan sejak 16 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, IJN berkata berpuas hati dengan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan terhadap bekas Perdana Menteri (PM) dua kali itu oleh pasukan doktor yang ditugaskan untuk memantau tahap kesihatannya sepanjang di pusat tersebut.

“Pasukan doktor yang merawat Tun Dr Mahathir Mohamad berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan yang dijalankan selama beberapa hari.

“Susulan itu, Dr Mahathir sudah bersedia untuk dibenarkan keluar beberapa hari lagi,” kata IJN dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakannya sepanjang menerima pemeriksaan itu.

Pada 16 Disember baru-baru ini, IJN mengesahkan Dr Mahathir dimasukkan ke pusat rawatan tersebut.

Kenyataan IJN memaklumkan Dr Mahathir tiba sekitar 7 malam dan akan menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi melihat tahap kesihatannya.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan pemerhatian lanjut,” kata kenyataan ringkas dua perenggan tersebut.

IJN juga berkata beliau bakal menjalani rawatan untuk beberapa hari di pusat tersebut.

Dr Mahathir kali pertama berjaya menjalani pembedahan koronari pertamanya pada 24 Januari 1989.
Ia disusuli dua lagi pembedahan pada 2006.

Beliau mendapatkan rawatan bagi semua serangan jantung itu di IJN.

Berita berkaitan
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok