43 kematian semalam, Pulau Pinang tertinggi dengan 10 kes

December 21, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam naik 24 mangsa – daripada 19 kes pada Ahad kepada 43 kes semalam – termasuk lapan yang meninggal sebelum sempat mendapat rawatan di hospital (BID).

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang Covidnow memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu sebanyak 31,135 kes, termasuk 6,294 kes BID.

Dalam tempoh itu Putrajaya mencatat satu kes kematian iaitu yang pertama sejak 80 hari, apabila kali terakhir Wilayah Persekutuan itu mencatat satu kes pada 14 Oktober lalu.

Daripada jumlah kematian semalam, Pulau Pinang mencatat jumlah tertinggi sebanyak 10 kes, menjadikan kumulatif sebanyak 1,713 kes, termasuk 364 kes BID.

Sehingga semalam negeri itu merekodkan 158,754 kumulatif positif, dengan 154,144 pesakit telah sembuh dan 2,897 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 2,598 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah; 104 ditempatkan di PKRC; 168 dimasukkan ke hospital; dan 27 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri itu juga mencatat 17 kluster yang masih aktif, termasuk tujuh yang melibatkan kluster berkaitan tempat kerja; dan masing-masing lima kumpulan berisiko tinggi serta pendidikan.

Sehingga semalam, seramai 1,519,182 atau 85.7 peratus daripada populasi di Pulau Pinang telah lengkap divaksinasi, manakala 86.6 peratus atau 1,534,356 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 260,796 individu lagi menerima dos penggalak.

Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, Johor merekodkan enam kes kematian; diikuti Kedah (lima); masing-masing empat di Kelantan, Sabah serta Terengganu; Selangor (tiga); Pahang (dua); dan masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, dan Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Perak, Sarawak dan Labuan.

Sehingga semalam negara merekodkan 2,721,544 kumulatif kes positif, dengan 2,638,191 pesakit disahkan sembuh. Sebanyak 52,218 kes masih aktif, turun sebanyak 1,264 kes berbanding 53,482 pada Ahad.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 44,201 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,872 ditempatkan di PKRC; 3,766 dimasukkan ke hospital; dan 379 pesakit dirawat di ICU, dengan 210 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok