Mat Sabu beri bayangan Amanah sedia bekerjasama dengan Warisan-Muda

December 18, 2021 · Politik

Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu memberi bayangan kesediaan partinya untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), ia selepas parti berasal dari Sabah itu mengumumkan kemasukkan ke Semenanjung hari ini.

Mohamad berkata kedua-dua parti tersebut bukanlah ancaman kepada Pakatan Harapan (PH), malah perbincangan akan dijalankan berhubung langkah untuk bekerjasama dengan mereka.

“Bagi saya tidak ada ancaman penubuhan parti-parti politik ini dan sama ada perlu atau tidak kerjasama dengan parti politik ini, ia akan kita bincang di peringkat PH.

“Kita akan berbincang di peringkat Majlis Presiden PH kalau ada permohonan dan memanglah di atas konsep khemah besar kita kena mencari sahabat yang ramai untuk hadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada media selepas pelancaran buku yang ditulisannya, ‘Juang Mat Sabu’, hari ini lapor Bernama.

Mohamad berkata PH perlu mengadakan perbincangan itu susulan kekalahannya pada Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini, yang memerlukan pakatan itu mencari kekuatan baharu.

Warisan secara rasminya melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia hari ini dengan harapan menjadi landasan dalam mengubah landskap politik negara di peringkat nasional.

Selain Muda, Warisan juga terbuka untuk bekerjasama dan membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023
Peringatan buat pengundi PRN
August 12, 2023
Tidak wajar pecat-memecat berlaku dalam UMNO, kata Shahidan selepas Tajuddin disingkir
June 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok