Kleptokrat berpunca daripada suka berbohong: Hadi

April 12, 2021 · Isu semasa

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat tanda-tanda seseorang itu hilang integriti sehingga menjadi kleptokrat adalah berbohong kepada rakyat.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak beliau juga berkata, tidak ada faedah kepada sesiapa pun jika sekadar mendapat sokongan majoriti yang besar tetapi tidak berintegriti.

“Apakah faedahnya jika sekadar mendapat jumlah sokongan majoriti yang besar tetapi tidak berintegriti, sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.

“Berbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang lain, termasuk menjadi kleptokrat,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan bahawa pemimpin yang kehilangan integriti akan menyebabkan kerajaan menjadi lemah, dan akhirnya memusnahkan negara.

“Islam bermula dengan menjadi kuasa minoriti dan diterima oleh majoriti bukan Islam kerana kerajaannya adil dan pemimpinnya pula bertaqwa, sehingga akhirnya Islam diterima tanpa sebarang paksaan,” katanya hari ini.

Hadi berkata, sudah ada negara yang telah musnah akibat pemimpinnya yang zalim, berlaku keruntuhan moral dan salah laku.

“Semua perkara itu berlaku berpunca daripada tidak beriman dan budiman, sehingga ilmu dan kebijaksanaannya digunakan untuk menipu rakyat. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kerana bersama menyokongnya,” katanya.

Berita berkaitan
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Kemenangan PN di PRK Pulai akan memberi makna besar: Hadi
August 27, 2023· Politik
UMNO dan Amanah diperalatkan DAP untuk menentang PAS: Hadi
August 25, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok