Tangani segera isu pengangguran belia

December 16, 2021 · Isu semasa

KADAR pengangguran Malaysia dilaporkan meningkat drastik pada tahun lalu selepas Covid-19 menggegar dunia bermula Februari 2020.

Jumlah pengangguran yang sebelum ini berada bawah paras 4 peratus tiba-tiba melonjak kepada 5 peratus selepas ramai kehilangan kerja akibat terkena impak penularan Covid-19.

Bagaimanapun, menjelang pertengahan tahun lalu, kadar pengangguran menyusut sedikit sebanyak 0.4 peratus daripada 5.3 peratus pada Mei kepada 4.9 pada Julai.

Trend pengangguran dilihat terus menurun sebanyak 0.2 peratus kepada 4.7 peratus selama beberapa bulan sehingga Oktober sebelum naik semula 0.1 peratus kepada 4.8 dari November hingga Disember.

Jabatan Perangkaan Malaysia di dalam laporannya, Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia – Siri 3/2021 menjelaskan, kadar pengangguran pada Januari 2021 juga meningkat sedikit kepada 4.9 peratus.

Dari segi bilangan penganggur, pada bulan Februari lalu jumlahnya menurun kepada 777,500 orang berbanding 782,000 orang pada bulan sebelumnya.

Lebih 80 peratus daripada penganggur bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau lebih dikenali sebagai penganggur aktif merangkumi 84 peratus, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Hampir 50 peratus dari penganggur aktif menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala penganggur yang berada dalam pengangguran jangka panjang selama lebih dari setahun merangkumi 10.5 peratus,” katanya.

Jelasnya, penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia, menurun 0.6 mata peratus kepada 16 peratus berbanding Disember 2020 iaitu sebanyak 16.6 peratus.

Dalam pada itu, Felow Penyelidik  Majlis Belia Malaysia (MBM), Sivanesan Tamil Selvam berkata isu pengangguran dalam kalangan belia bukan satu fenomena baharu di negara ini.

“ Terdapat beberapa faktor yang mendorong kadar pengangguran di Malaysia terus meningkat. Antaranya kurang penguasaan bahasa Inggeris, permintaan rendah majikan untuk kursus diambil graduan dan terlalu memilih pekerjaan.

“Masalah ini perlu diselesaikan dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Belia perlu mendapatkan pekerjaan bagi menjana sumber pendapatan untuk diri sendiri dan menampung keluarga,” jelasnya.

Tambah beliau, peratusan kadar pengangguran meningkat ke paras lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pasaran pekerjaan negara terjejas dengan pandemik berkenaan.

“Dasar lebih jelas dan khusus perlu dirangka bagi memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan bagi membantu golongan belia. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia perlu mencari satu penyelesaian kekal bagi menangani isu pengangguran dalam kalangan belia. Majlis Pekerjaan Negara (MPN) adalah antara medium terbaik untuk mengkoordinasi dan mencari penyelesaian,” ujarnya.

Bagi menangani isu ini, kerajaan perlu meningkatkan kebolehpasaran graduan yang dihasilkan oleh universiti tempatan dan harus bertindak sebagai majikan sementara untuk graduan menganggur. Ini membolehkan mereka dilatih dan dipertingkatkan kemahiran dalam bidang yang mampan dan mempunyai masa hadapan.

Kerajaan mesti mengambil pendekatan proaktif untuk menangani isu ini sebelum ia menjadi masalah lebih besar dan tidak dapat dikawal. Pelaburan untuk belia hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok