Bank Rakyat umum dividen 13 peratus

April 12, 2021 · Isu semasa

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah mengumumkan dividen 13 peratus untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2020 berbanding dengan 14 peratus pada tahun kewangan 2019.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembayaran berjumlah RM373 .36 juta itu akan dikreditkan ke dalam akaun 834,302 ahli berkuat kuasa hari ini.

“Walaupun menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19, bank berjaya mencatat keuntungan sehingga dividen dua angka dapat diberikan.

“Bank Rakyat telah membayar dividen dua angka selama hampir 22 tahun kecuali pada 1998 apabila ia hanya membayar lapan peratus berikutan krisis kewangan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pembayaran dividen 2020 di sini hari ini.

Memetik laporan Bernama, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar berkata, dana pemegang saham meningkat 6.2 peratus atau RM1.22 bilion kepada RM20.95 bilion berbanding RM19.73 bilion sebelumnya, berpunca daripada keuntungan bersih kumpulan yang dibawa pada tahun ini .

“Menjelang 31 Disember 2020, Nisbah Modal Wajaran Risiko dan Nisbah Modal Teras setelah dividen akhir yang dicadangkan tetap kukuh masing-masing pada 24.14 peratus serta 22.21 peratus.

“Nisbah modal ini jauh adalah di atas keperluan peraturan minimum dan majoriti industri, meletakkan kumpulan sebagai salah satu bank terkukuh daripada segi kedudukan modal,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok