Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2022 hasil MoU dengan pembangkang

December 14, 2021 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Belanjawan 2022) peringkat Jawatankuasa, ia juga secara tidak langsung menunjukkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) berjaya membuahkan hasil.

Rang Undang-Undang itu yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diluluskan setelah melalui 13 hari tempoh perbahasan dan penggulungan bermula 22 Nov bagi setiap kementerian terlibat, menurut laporan Bernama.

Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Okt lepas, menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM332.1 bilion, terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan matlamat memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2022 di peringkat dasar pada 18 Nov selepas dibahaskan selama tujuh hari bermula 1 Nov, dan melalui sesi penggulungan mulai 15 Nov.

Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan yang akan berlangsung sehingga Khamis ini diteruskan dengan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Persidangan esok dijangka melibatkan pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 selepas bacaan kali pertama pada 3 Nov, antaranya untuk memasukkan negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Borneo.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu dan

(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok