No Anwar, No DAP, Yes Bersatu, kata Hishammuddin

April 12, 2021 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui pernah menjadi mangsa politikus, termasuk di dalam UMNO sendiri sejak tiga tahun lalu.

Katanya, perkara seperti itu sudah menular sejak sekian lama dan boleh menjejaskan UMNO sekiranya tidak dbendung.

“Saya sendiri telah menjadi mangsa selama tiga tahun, tapi saya masih kekal dalam UMNO. Dituduh macam-macam tetapi masih lagi bersama-sama di dalam UMNO.

“Mereka boleh tuduh saya mengkhianati parti, saya hendak lompat parti, tetapi sudah tiga tahun saya masih lagi dalam parti. Jika kita habiskan masa tiga tahun lalu hanya memikirkan Datuk Hisham hendak lompat parti atau tidak, itu hanya membazirkan masa dan tidak akan membantu membina UMNO kembali, dalam keadaan yang kita harapkan,” katanya di Paloh, Johor, hari ini.

Mengenai audio suara mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, Zahid sendiri sudah menyatakan bahawa rakaman itu satu kepalsuan.

“Bagi saya yang penting ialah pendirian parti dan kalau kita balik kepada pendirian MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) jelas apa sebenarnya yang UMNO mahukan.

“Sama ada benar atau tidak, palsu atau tidak rakaman tadi tidak menjadi satu perkara yang membimbangkan saya kerana semua tahu pendirian parti daripada awal no anwar no dap dan yes Bersatu sehingga PRU15,” katanya.

Pada masa sama, bekas Naib Presiden UMNO itu mengajak semua pihak berhenti untuk melaga-lagakan pemimpin kerana apa yang penting ialah menjaga kestabilan parti.

“Usaha untuk melaga-lagakan pemimpin, usaha untuk mewujudkan kem-kem tertentu mesti berhenti, kerana apa yang penting sekarang adalah untuk kita kukuhkan parti kita selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok