Lima sekeluarga proses dadah ditangkap

April 12, 2021 · Isu semasa

Lima sekeluarga, termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki memproses dadah jenis syabu dan heroin dianggarkan seberat 5.9 kilogram (kg) bernilai RM91,717, beberapa hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan dilakukan dalam dua operasi berasingan di Bera dan di Ipoh, Perak, Selasa lalu.

“Dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun ditahan dalam kereta di hadapan sebuah restoran segera di Triang, Bera pada 9 pagi yang disyaki sedang menunggu pembeli dadah.

“Pemeriksaan pada kenderaan menemukan syabu anggaran lebih 1kg dan heroin 4.5kg. Polis percaya suspek berada di Bera untuk mengedar dadah tersebut di sekitar Bera, Maran dan Temerloh,” katanya di Kuantan, hari ini.

Susulan penahanan itu, katanya, polis menyerbu sebuah rumah di Ipoh, Perak pada jam 7.45 malam hari sama, membawa kepada tangkapan dua lagi suspek lelaki berusia 26 dan 42 tahun yang dipercayai menyewa rumah itu untuk dijadikan makmal memproses dadah.

Turut dirampas pada serbuan yang dilakukan dengan kerjasama JSJN IPK Perak ialah heroin seberat 353 gram dan serbuk kafein dianggarkan seberat 2kg.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok