Undi pos PRN Sarawak sebanyak 17,885: SPR

December 11, 2021 · Politik

Sebanyak 17,885 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos kepada yang berhak akan bermula pada 8 hingga 10 Disember 2021 oleh petugas pilihan raya di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, kesemua 17,885 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 16,728 kategori Borang 1A melibatkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media.

“365 undi pos lagi bagi kategori Borang 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara, 679 kategori Borang 1C iaitu sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan dan 113 pengundi tidak hadir luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada pegawai pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 18 Disember 2021.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya.

Berita berkaitan
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
DUN Jepak kekal milik calon GPS
November 4, 2023· Politik
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok