Polis risik anasir berkomplot untuk ceroboh Sabah, kata Acryl Sani

December 10, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius laporan media asing yang mendakwa wujud rancangan pihak tertentu di Selatan Filipina untuk menyerang Sabah, kemungkinan pada Februari tahun depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM mengambil maklum laporan media bahawa terdapat pihak dari Filipina sedang merancang untuk menceroboh Sabah.

“PDRM memandang serius perkara berkenaan dan akan mengambil tindakan segera bagi meingkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan, dan ancaman pencerobohan.

“Komitmen dalam perkara ini akan diberikan demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di Sabah,” katanya dalam kenyataan media semalam mengulas laporan South China Morning Post (SCMO) berhubung rancangan pencerobohan itu.

Menurutnya, PDRM mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa Filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan mengenai sebarang aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan kedua-dua negara.

“Setakat ini, tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ianya dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara Sabah dan wilayah Selatan Filipina,” katanya sambil memberi jaminan tahap keselamatan di negeri itu adalah terkawal.

Acryl Sani berkata elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman.

Menurutnya usaha juga akan digiatkan bagi mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir di Sabah yang berkemungkinan terlibat dalam komplot berkenaan.

Beliau memberi amaran sebarang usaha menganggu gugat keselamatan dan kedulatan negara akan dikenakan tindakan tegas.

Semalam, SCMP yang memetik sumber mendakwa satu mesyuarat rahsia melibatkan 19 datuk bandar diadakan bagi membincangkan mengenai rancangan merekrut 600 individu untuk menyerang Sabah serta menghantar pengintip.

Menurut laporan media tersebut, difahamkan pertemuan itu diatur oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.

Mesyuarat yang diadakan pada 1 Disember itu dikendalikan oleh seorang pegawai tempatan wilayah Sulu, yang mengumpulkan 19 datuk bandar Kepulauan Sulu bagi membincangkan rancangan menubuhkan “Tentera Diraja Sulu” dengan sasaran merekrut sehingga 600 anggota untuk menyerang Sabah, lapor SCMP.

Sumber itu berkata Februari 2022 dilihat sebagai waktu terbaik untuk melakukan serangan sebagai ‘memperingati’ pencerobohan ke atas Sabah lapan tahun lalu oleh pejuang Sulu, kata sumber itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok