Lebih 5.54 juta remaja divaksinasi, 2,844,621 terima dos penggalak

December 4, 2021 · Isu semasa

Seramai 5,547,507 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilancarkan sejak 8 September lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 86.4 peratus 2,719,106 remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 89.9 peratus atau 2,828,401 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 10.1 peratus remaja yang layak menerima suntikan vaksin Covid-19, belum divaksinasi.

Sementara itu, seramai 2,844,621 individu yang layak, termasuk petugas barisan hadapan dan warga emas, telah menerima suntikan dos penggalak masing-masing.

Dalam tempoh 24 Februari sehingga semalam, sebanyak 97.0 peratus atau 22,714,044 populasi dewasa berusia 18 tahun dan ke atas telah lengkap divaksinasi, manakala 98.4 peratus atau 23,044,061 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Keseluruhannya sebanyak 53,960,016 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada semua golongan, dengan 77.9 peratus atau 25,433,150 individu telah lengkap divaksinasi.

Seramai 25,872,462 individu atau 79.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 20.8 peratus daripada populasi yang layak belum divaksinasi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
2 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok