KKM kesan kes Omicron pertama libatkan seorang pelajar Afrika Selatan

December 3, 2021 · Isu semasa

Seorang pelajar universiti swasta dari Afrika Selatan dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipercayai dijangkiti varian merbahaya Covid-19, Omicron dan tindakan sudah diambil dengan mengasingkan individu tersebut.

Individu tersebut merupakan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit Covid-19 di semua PMA dan survelan makmal yang dilaksanakan secara berterusan, kes pertama positif varian yang dibimbangi (variant of concern – VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.

Individu tersebut dikenalpasti sebagai seorang seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

KKM juga sudah mengambil tindakan dengan mengenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Menurut KKM, pelajar tersebut dalam perjalanan dari KLIA ke Ipoh didapati menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

“Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” katanya kenyataan itu lagi.

Keputusan positif tersebut dikesan selepas sampel kajian dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research – IMR) yang mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021.

Jelas KKM lagi, individu tersebut juga sebaik tiba di Ipoh sudah meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021.

“Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima (5) orang.

“Mereka telah menjalani saringan ujian COVID-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif,” katanya lagi.

Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian yang dibimbangi (variant of concern – VOC) Omicron pada 24 November 2021, IMR mula menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua sampel positif yang disaring di PMA KLIA sebagai inisiatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genompenuh (whole genome sequencing – WGS).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok