KKM sahkan 515 kes baharu varian Delta dikesan sejak 25 Nov

December 2, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 515 kes jangkitan baharu varian Delta dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 25 November hingga hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Daripada jumlah tersebut 415 kes baharu yang semuanya adalah varian membimbangkan (VOC) Delta berjaya dikesan oleh University Malaysia Sarawak’s Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS).

“Selain itu, Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenal pasti 46 kes baharu mempunyai varian Delta dan Institut Genom Malaysia (MGI) mengesan 44 kes varian sama.

“Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre Universiti Malaya (TIDREC) turut mengesan 10 kes varian Delta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, penemuan itu sehingga kini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,692 dengan 4,672 kes adalah VOC, manakala 20 lagi kes VOI.

Secara keseluruhan sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 4,432 kes varian Delta, Beta (226 kes) dan Alpha (14 kes), manakala bagi VOI pula, terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (4) dan Eta (3).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok