Exco Melaka nafi harga barang naik kerana BN menang

December 2, 2021 · Isu semasa

Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka bukan berpunca daripada kemenangan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, sebaliknya dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.

Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata situasi itu menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga jualan namun masih mendapat keuntungan kecil.

“Kebanyakan peniaga memperoleh bekalan daripada beberapa orang tengah sehingga menyebabkan harga meningkat di setiap peringkat, jadi kita akan mencari satu penyelesaian bagi mengurangkan penglibatan orang tengah dalam membekalkan sayur-sayuran atau ayam kepada peniaga agar harga barang boleh diturunkan.

“Hasil pemeriksaan di peringkat pengeluar atau petani juga mendapati harga bekalan sayur-sayuran seperti bendi dan kacang panjang dijual pada harga RM4 sekilogram tetapi meningkat kepada RM7 hingga RM8 sekilogram apabila dijual di pasar,” katanya lapor Bernama.

Hee Sem terdahulu melawat Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Beliau berkata justeru itu, satu pertemuan akan diadakan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri bagi melihat pendekatan yang boleh dilakukan bersama dalam menangani isu kenaikan harga barangan.

Katanya satu daripada kaedah yang boleh dilakukan ialah FAMA menjadi pembekal terus bekalan makanan tersebut daripada petani kepada peniaga tanpa melibatkan orang tengah.

Ngwe berkata selain itu, peniaga juga disaran mendapatkan bekalan terus daripada petani atau pengeluar bagi membolehkan mereka membeli bekalan jualan pada harga lebih rendah dan menjual semula pada harga berpatutan.

“Kita akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di semua rangkaian pengeluar dan pembekal termasuk orang tengah dari semasa ke semasa bagi memastikan kenaikan harga barangan makanan dapat dikawal,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok