Bimbang varian Omicron, peralihan ke fasa endemik dikaji semula

November 30, 2021 · Isu semasa

Kebimbangan penularan varian Covid-19 lebih merbahaya yang baharu ditemui dikenali sebagai Omicron menyebabkan Putrajaya perlu mengkaji semula fasa ‘Peralihan ke Endemik’ sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian tersebut.

Langkah berhati-hati terpaksa diambil kerajaan berikutan varian itu dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

“Sebelum ini, kita memutuskan kemungkinan mengumumkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ namun dihentikan seketika untuk melihat perkembangan varian Omicron yang menular ke seluruh dunia.

“Kita bimbang semua yang dirancang dan yang diumumkan dalam masa terdekat seperti kelonggaran, prosedur operasi standard (SOP) dan tujuh asas menuju fasa endemik mungkin terjejas jika kita tidak memantau varian ini secara dekat dan menanganinya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Parlimen.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia, katanya lagi yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19.

Pada 16 November lalu, Hishammuddin memaklumkan tujuh asas yang perlu dipenuhi dalam pendekatan menyeluruh yang diambil kerajaan sebagai persediaan memasuki fasa endemik.

Ia merangkumi SOP dan sembilan garis panduan; Sistem Amaran dan Tindakan (HAS) dan Strategi Ujian Kebangsaan; Test, Report, Isolate, Inform, Seek (TRISS); Automated Find, Test, Trace, Isolate, Support (FTTIS); pembukaan sempadan negara secara berperingkat dan mencari duta pemerkasaan komuniti.

Hishammuddin berkata, kawalan sempadan antarabangsa akan diperketat ke atas negara yang melaporkan penyebaran varian Omicron.

Katanya, mandat diberi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan tindakan selanjutnya berhubung keluar masuk sempadan serta SOP yang akan diumumkan.

Beliau berkata, mesyuarat kuartet turut mengambil maklum mengenai destinasi lain yang berpotensi bagi Laluan Perjalanan Lengkap (VTL) seperti Singapura ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak akan membuat keputusan sehingga mengetahui kesan sebenar varian Omicron.

“Saya sudah minta semua pihak untuk terus memikirkan dan berbincang dengan pihak yang berkenaan. Saya harap semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan mengambil risiko ketika kita memantau varian yang menular ini,” katanya lagi.

Mengenai permintaan pemimpin negara Afrika supaya rakyat mereka tidak dihalang masuk ke negara lain susulan penularan Omicron di negara itu, Hishammuddin berkata, pendirian Malaysia sama seperti beberapa negara lain iaitu bersandarkan risiko keselamatan dan bukan geopolitik atau hubungan dua hala.

“Saya percaya negara Afrika faham yang ia bukan mengenai isu diplomasi dan geopolitik tetapi kesihatan.

“Kita tidak akan menjejaskan tindakan yang kita lakukan selama setahun setengah dengan tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok