Ismail Sabri sifatkan PAU 2020 paling teruk

April 11, 2021 · Politik

Perang antara dua kumpulan dalam UMNO semakin panas, terbaharu satu klip video ucapan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu paling teruk dalam sejarah pula dimuatnaik dan tular di media sosial malam ini.

Link video: PAU 2020 Paling Teruk Dalam Sejarah – Ismail Sabri

Dalam ucapan pada 2 April semasa Program Bangkit 15 Peringkat Negeri Pahang lalu, Ismail Sabri berkata PAU dijadikan medan menyerang sesama sendiri dan gagal memberi suntikan kepada perwakilan untuk dibawa balik sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum.

“Di dalam PAU berlaku tembak menembak sesama sendiri… PAU yang paling teruk dalam sejarah. PAU yang paling teruk yang saya rasa baharu ini.

“Sepatutnya ucapan penutup memberi bekal kepada semua perwakilan bawa balik apa yg patut kita buat untuk menghadapi pilihan raya,” katanya dalam ucapan tersebut.

Beliau juga mempertikaikan tiada satu serangan pun terhadap parti lawan DAP dan PKR seperti yang berlaku kebiasaan perhimpunan tersebut, sebaliknya kecaman banyak kepada Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang duduk dalam kerajaan.

“Tapi yang berlaku dua hari.. tembak saja… DAP sekali pun tak kena tembak, PKR sekali pun tak kena tembak… yang kena tembak teruk menteri lah,” katanya lagi.

Berhubung desakan supaya Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan, Ismail Sabri berkata usul yang dibentang secara jelas menyatakan UMNO akan menarik sokongan apabila Parlimen dibubarkan dan sepatutnya peletakan jawatan hanya selepas perkara itu berlaku.

“Usul kedua mengatakan kita menarik balik sokongan kepada kerajaan apabila Parlimen dibubarkan…

“Maknanya tak payah berhenti sebab usul kata sehingga PRU15… Usul itu tidak dipinda, kalau ada pindaan dia perlu bentangkan semula kepada perwakilan dan mesti disokong untuk pindaan,” terang beliau lagi.

Baru-baru ini, satu klip audio perbualan pakatan sulit antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok