Jangkitan di tiga negeri naik, tujuh kluster baharu dikesan

November 26, 2021 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya tiga negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan kes baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Labuan kini diisytihar Zon Merah Covid-19 susulan kes positif yang semakin meningkat di pulau bebas cukai itu.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri hari ini, Pulau Pinang merekodkan 369 kes berbanding, 263 semalam, manakala Putrajaya (69 kes baharu, 43 semalam).

Sehingga semalam, Pulau Pinang merekodkan 3,242 kes aktif, termasuk 2,921 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah; 108 ditempatkan di PKRC; 183 dimasukkan ke hospital; dan 30 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak awal tahun lalu hingga tengah hari tadi negeri itu kini mencatat 152,040 kumulatif kes positif dengan 146,855 pesakit telah sembuh dan 1,645 kematian.

Dari segi kadar kebolehjangkitan pula, Pulau Pinang mencatat Rt 0.99.

Selangor, walaupun jangkitan baharu merekodkan penurunan daripada 1,650 semalam kepada 1,479 kes hari ini, namun kekal tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Sementara itu, tujuh kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan lewat petang ini.

Beliau berkata sehingga hari ini 236 kluster daripada 5,920 yang dikesan sejak awal tahun lalu masih aktif, manakala 5,684 telah ditamatkan.

Menurutnya, dalam tempoh itu juga seramai 6,664 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 2,516,693 kes, berbanding 2,614,480 kumulatif kes positif.

“Daripada 5,501 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes atau 1.4 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,423 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini juga seramai 519 pesakit dirawat di ICU dengan 267 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada keseluruhan kes hari ini, 210 melibatkan rakyat asing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok