Jadual baharu peperiksaan SPM diumum dalam masa terdekat

November 22, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa terdekat, kata Menteri Kanannya Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurutnya jadual baharu itu dibuat susulan pihaknya menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon peperiksaan berkenaan jadual asal yang dikeluarkan terlebih dahulu, yang dikatakan membebankan dan tidak ada selang hari.

Beliau berkata pihak KPM telah berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia serta pengurusan tertinggi kementerian berhubung cadangan dan pandangan yang telah diberikan.

“Kami mengambil kira semua pandangan yang diberikan dan duduk berbincang bersama Lembaga Peperiksaan dan juga pengurusan tertinggi KPM untuk melihat semua pandangan yang diberikan dan mengambil tindakan yang sewajar menganalisa satu persatu pandangan yang telah diberikan itu.

“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan dengan peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berterima kasih kepada ibu bapa dan calon SPM 2021 yang telah memberikan pandangan mereka berkaitan jadual peperiksaan itu.

Sebelum ini, ibu bapa dan calon SPM 2021 mahu Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula jadual peperiksaan berkenaan kerana dikatakan terlalu padat selain turut diadakan pada Jumaat dan Ahad.

Mereka mendakwa jadual peperiksaan itu dikatakan tidak ada waktu rehat antara peperiksaan.

Selain itu, Jumaat dan Ahad juga diadakan peperiksaan, di mana ia mungkin menyukarkan sesetengah pihak untuk mengejar masa menunaikan solat Jumaat dan sebagainya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok