Saksi kes rasuah RM2.3 bilion Najib dedah transaksi tak betul 1MDB

November 18, 2021 · Isu semasa

Saksi pendakwaan ke-13 dalam perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkaitan maklumat tidak betul transaksi syarikat itu.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail berkata pada satu tahap, maklumat tidak betul dikemukakan kepada Lembaga Pengarah, selain ada maklumat tidak diberikan dan disembunyikan daripada mereka.

Menurutnya selepas mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB melalui siasatan pihak berkuasa dan sepanjang perbicaraan kes, beliau beranggapan dirinya dan Ahli Lembaga Pengarah lain dalam 1MDB digunakan untuk menampakkan semua inisiatif dan transaksi syarikat itu adalah sah.

Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang menghadapi empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ketika itu Najib menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada sesi pemeriksaan utama, Ismee berkata beliau tidak mempedulikan kandungan e-mel yang dihantar kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Secara peribadi, beliau tidak mengingati kandungan e-mel dihantar dan hanya mengucapkan terima kasih sebagai tanda hormat, malah beliau percaya Ahli Lembaga Pengarah yang lain tidak mengendahkan e-mel sama.

Menjawab soalan lanjut daripada Sri Ram, Ismee berkata, beliau dan Ahli Lembaga Pengarah lain tidak berada dalam kedudukan untuk menyatakan tidak, atau terpaksa meletak jawatan jika membantah.

“Ada ketika apabila dalam sesi perbicaraan semalam, saya tidak menganggap diri saya sebagai Ismee iaitu pengarah 1MDB tetapi mewakili Ahli Lembaga Pengarah yang lain.

“Pada satu tahap saya kena berlaku adil kepada mereka kerana setiap individu ada tanggapan dan pandangan berbeza mengenai siapa Jho Low. Bagaimanapun akhirnya kami membuat keputusan bersama demi kepentingan syarikat.

“Pada 2015, kami sebagai Ahli Lembaga Pengarah hanya mengetahui setakat yang diberikan kepada kami, tetapi sepanjang siasatan, kami mengetahui lebih banyak mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan lebih banyak lagi diketahui sepanjang perbicaraan ini.

“Apa yang saya katakan dalam keterangan sebelum ini, sebagai Lembaga Pengarah, apabila menerima Resolusi Pekeliling Pengarah kami tidak mempersoalkan lanjut mengenai transaksi.

“Apa yang dipersoalkan kepada pihak pengurusan ialah sama ada sesuatu pelaburan yang dirancang berdaya maju dan boleh diteruskan,” katanya.

Ismee berkata demikian ketika menjawab soalan Sri Ram bahawa beliau dan Ahli Lembaga Pengarah IMDB lain bagai ‘harimau tidak bertaring’ kerana gagal mempertahankan kepentingan syarikat itu dan menasihati Najib.

Beliau juga menyatakan akan menolak jawatan dalam 1MDB jika mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

“Saya sudah pasti akan bertindak sebaliknya (jika mengetahui perkara sebenar). Saya akan tolak jawatan ini. Maaf kerana terpaksa menyatakan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok