Sebanyak RM198,000 kompaun sudah dikenakan kepada parti bertanding

November 15, 2021 · Politik

Parti-parti politik yang menganjur program semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah dikenakan kompaun sebanyak RM198,000 kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dilakukan.

Kompaun tersebut dikeluarkan sejak 25 Oktober sebelum penamaan calon pada 8 November lepas dan kesalahan dilakukan adalah syarat wajib yang sepatutnya sudah dipraktikkan orang ramai, kata Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kompaun dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan dua kompaun.

Selebihnya dikeluarkan pasukan integriti terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah berhimpun, tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka dengan nilai kompaun tertinggi berjumlah RM20,000,” katanya.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan berdasarkan pelanggaran SOP yang jelas dilakukan termasuk juga berkempen dari rumah ke rumah untuk mengedarkan bahan kempen secara bersemuka dengan penduduk.

“Sepatutnya mereka tidak boleh bersemuka, tapi mereka datang beramai-ramai rumah ke rumah dan memberikan bahan-bahan kempen. Mereka juga berkempen di kedai-kedai makan dengan memakai baju berlogokan parti secara berkumpulan.

“Pakai baju berlogokan parti sebenarnya tidak menjadi kesalahan tetapi telah mengundang penyokong lain pada masa itu sehingga tidak boleh membuat penjarakan fizikal,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang.

Razali berkata, terdapat juga penganjur yang dikenakan kompaun kerana membuat sidang akhbar di tempat terbuka membabitkan kehadiran ramai.

Selain itu, katanya, mereka turut mengadakan mesyuarat di bilik-bilik gerakan, sedangkan seharusnya seseorang calon hanya dibenarkan membuka atau mengurus sebuah bilik gerakan sahaja dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Tetapi calon tersebut telah mempunyai dua bilik gerakan dalam satu DUN.

“Kesalahan lain, kebanyakan parti politik membuat aktiviti melibatkan kehadiran yang ramai dalam ‘walkabout’ yang mereka anjurkan,” jelas beliau.

Dalam tempoh itu juga, katanya, sebanyak 130 laporan polis telah dibuat.

“Daripada bilangan tersebut, sebanyak 41 kertas siasatan sudah dibuka. Penganjur dan individu yang hadir semasa perjumpaan sudah dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya.

Tambah beliau, polis akan memastikan semua kertas siasatan dapat dihantar kepada pendakwa raya secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

“Kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342),” ujar beliau.

 

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok