PRN Melaka: Adly gagal cabar pembubaran DUN

November 10, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin dalam penghakimannya berkata, proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.

“Sekiranya sesuatu perkara didapati tidak wajar, proses membuat keputusan yang membawa kepada perkara yang tidak wajar itu tidak seharusnya wajar.

“Pembubaran DUN adalah subjek yang tidak boleh dijustifikasikan dan semakan kehakiman tidak boleh diberikan” katanya.

Adly memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan empat pihak iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai defendan pertama manakala bekas Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh defendan kedua.

Responden ketiga dan keempat masing-masing ialah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dan Mohd Ali.

Pada 22 Oktober lalu, Adly memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pembubaran DUN.

Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai wakil rakyat UMNO kawasan Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, pada 4 Oktober lalu yang mengumumkan keputusan mereka menarik sokongan kepada Sulaiman.

Tiga yang lain ialah Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Susulan penarikan sokongan itu, Mohd Ali membubarkan DUN setelah mendapat nasihat Sulaiman.

SPR menetapkan 8 November lalu sebagai hari penamaan calon, diikuti 16 November bagi pengundian awal dan 20 November pengundian biasa.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir
November 9, 2023· Isu semasa
Zeti kata BNM syor denda RM23 juta terhadap 1MDB, tapi AG kurangkan denda RM15 juta
August 29, 2023· Politik
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok