Kejayaan semakin hampir dalam melawan Covid-19: Khairy

November 6, 2021 · Isu semasa

Malaysia di ambang kejayaan dalam menangani penularan Covid-19 meskipun belum diisytiharkan menang, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun beliau menyeru rakyat di negara ini agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, malah penggunaan katil untuk pesakit Covid-19 ketika ini juga menurun kepada 40 peratus.

“Oleh itu, jika kita terus patuh SOP, sama-sama berjuang melawan Covid-19 dan menghargai jasa petugas barisan hadapan, kita boleh menang,” katanya lapor Bernama,

Terdahulu, Khairy menghadiri majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang, Kota Bharu dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan Kuaters Bahagia, Kuala Krai di Klinik Kesihatan Penambang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Khairy berkata hanya dua negeri lagi masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Kelantan dan Sarawak berbanding negeri lain yang telah beralih ke Fasa Empat.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 8 Nov ini selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksana oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok