Guru enggan divaksin kena tindakan mulai 1 November

October 30, 2021 · Isu semasa

Tindakan terhadap guru yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 akan bermula 1 November ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin.

Mengulangi pendirian kementerian itu supaya guru dan kakitangan pendidikan perlu mengambil suntikan vaksin, beliau mengingatkan golongan itu mengenai peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sehubungan itu semua guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang menolak suntikan vaksin Covid-19 tanpa alasan munasabah tidak boleh menyalahkan kerajaan sekiranya tindakan disiplin diambil terhadap mereka, katanya.

Menurutnya, guru sebagai penjawat awam, tertakluk kepada peraturan JPA yang mewajibkan mereka mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum tarikh tersebut.

Beliau berkata sehingga kini terdapat kira-kira 2,000 guru di seluruh negara yang masih belum bersedia menerima vaksin Covid-19.

“Justeru, saya merayu kepada guru-guru berkenaan untuk tampil mendapatkan suntikan sebelum kembali ke sekolah, jangan salahkan KPM dan kerajaan sekiranya tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

“Ini bukan hukuman atau amaran tetapi untuk keselamatan pelajar, jangan sampai ibu bapa hilang keyakinan tentang keselamatan anak di sekolah,” katanya hari ini.

Mohamad berkata guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meyakinkan masyarakat bahawa sekolah adalah tempat selamat.

Mohamad juga berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan permasalahan kuarters guru daif terutama dalam aspek kebersihan dan keselamatan untuk memberi keselesaan kepada golongan pendidik yang mendiaminya.

“Kita tidak mahu perkara itu terus berlarutan. Pihak PPD perlu segera mengangkat permasalahan yang ada untuk dipertimbang kelulusan di peringkat kementerian,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok