Imigresen rugi RM81.69 juta, syarikat kendali pas sementara terlepas penalti

October 28, 2021 · Isu semasa

Kelemahan pemantauan dan perjanjian yang tidak jelas telah menyebabkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerugian sebanyak RM81.69 juta berikutan penalti yang tidak dikenakan terhadap sebuah syarikat yang mengendalikan kutipan hasil Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian.

Bernama melaporkan, menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 yang dikeluarkan hari ini, JIM didapati tidak mengenakan penalti terhadap kelewatan serahan pelekat PLKS kepada pengguna berjumlah RM73.89 juta serta penalti kelewatan remitan dan penalti kesilapan mencetak pelekat itu masing-masing berjumlah RM0.49 juta dan RM7.31 juta.

“Pengauditan yang dijalankan di Bahagian Pekerja Asing dan Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JIM bagi tahun kewangan 2020 itu turut mendapati tuntutan caj perkhidmatan PLKS oleh syarikat perkhidmatan berjumlah RM25.94 juta juga belum dibayar kerana kelewatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memuktamadkan perjanjian tambahan,” menurut laporan itu.

Justeru, pihak audit mengesyorkan JIM agar melakukan penambahbaikan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan syarat dan klausa perjanjian dipatuhi dan dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan kerajaan.

“Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak yang memberi kuasa dan JIM perlu mewujudkan mekanisme pemantauan secara berkala terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat berkenaan,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut pemantauan perlu dilakukan terutamanya berkaitan pelekat PLKS yang rosak, lewat serah dan belum digunakan bagi memastikan ia diserahkan kepada pengguna dalam tempoh masa yang ditetapkan dan tidak disalah guna.

Selain itu, laporan berkenaan juga mengesyorkan KDN dan JIM untuk memastikan perjanjian tambahan dimuktamadkan secepat mungkin bagi menjamin kepentingan kerajaan dan mengelakkan masalah pembayaran kepada syarikat terlibat.

“Tempoh perjanjian perkhidmatan secara dalam talian pembaharuan PLKS antara KDN dengan syarikat perkhidmatan berkenaan adalah dari Mei 2015 hingga Mei 2020 dan KDN telah mengemukakan permohonan perlanjutan perjanjian kepada Kementerian Kewangan pada 20 Mei 2020.

“Kementerian Kewangan pada 12 Jun 2020 telah meluluskan permohonan berkenan bagi tempoh tiga tahun mulai 23 Mei 2020 hingga 22 Mei 2023 bagaimanapun semakan audit mendapati perjanjian tambahan belum dimuktamadkan,” menurut laporan itu.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok