Covid-19: Hampir 100 kematian semalam, Sarawak tertinggi

October 28, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara semalam, 27 Oktober 2021 melonjak kembali kepada 98 kes, termasuk 32 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) ia sekali gus melonjakkan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu sehingga semalam kepada 28,674 kes, termasuk 5,803 kematian BID.

Selasa lalu, 84 pesakit Covid-19 meninggal dunia, turut sedikit daripada 92 kes kematian yang dilaporkan pada Isnin.

Daripada jumlah kematian terbaharu itu Sarawak mencatatkan kes tertinggi di mana 29 pesakit meninggal dunia, naik 10 kes berbanding semalam, diikuti Perak (11 kes); dan Kelantan (10 kes).

Kelantan menjadi negeri kesepuluh yang merekodkan kes kematian melepasi tiga angka apabila 10 pesakit meninggal dunia semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,007 kes sejak pandemik Covid-19 mula menular awal tahun lalu.

Johor dan Sabah pula masing-masing merekodkan sembilan kematian, diikuti Kuala Lumpur (enam); Melaka (lima); masing-masing empat di Kedah dan Pahang; masing-masing tiga di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan Terengganu; manakala Perlis, dan Selangor mencatat satu kes kematian.

Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam, 10 negeri merekodkan kematian empat angka dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 9,581 kes, diikuti Johor (3,624); Kuala Lumpur (2,549); Sabah (2,491); Kedah (1,972); Pulau Pinang (1,582); Sarawak (1,268); Negeri Sembilan (1,231); Perak (1,098); dan Kelantan (1,007).

Menerusi laman sesawangnya COVIDNOW, KKM juga memaklumkan jumlah kes aktif sehingga semalam susut lagi kepada 71,713 kes, berbanding 73,258 yang direkodkan pada Selasa.

Daripada jumlah itu, 55,371 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 9,611 di PKRC; 6,169 dirawat di hospital dan 562 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 292 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, 6,148 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara, meningakt berbanding 5,726 yang dicatat pada Selasa, dengan kes di Selangor melonjak kepada 1,222 jangkitan.

Ia melibatkan 6,127 jangkitan tempatan dan 21 kes import. Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,443,118 kes, manakala 2,347,985 pesakit telah sembuh.

Sepintas lalu rumusan kes berkaitan Covid-19 mengikut negeri pada 27 Oktober 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok