KDN siasat majikan minta imigresen tangkap pekerja elak bayar gaji

April 9, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan kononnya ada majikan melaporkan sendiri kepada Jabatan Imigresen supaya membuat serbuan ke atas pekerja asing mereka bagi mengelak membayar gaji.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) bagaimanapun berkata, orang ramai tidak boleh menuduh majikan yang membuat laporan kerana sebelum serbuan dan operasi, pihak berkuasa melakukan siasatan dan strategi tertentu bagi memastikan majikan mengikut undang-undang.

“Begitu juga kepada pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dibayar levi tertentu. Sekiranya berlaku sesuatu, kita akan siasat dengan pekerja-pekerja termasuk jika belum dibayar gaji, siasat di mana dan dengan siapa mereka bekerja,” katanya di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat serbuan Jabatan Imigresen terhadap pekerja asing di tapak binaan yang dilaporkan majikan sendiri untuk mengelak daripada membayar gaji selepas projek bermula atau telah disiapkan.

Semalam, Jabatan Imigresen menahan sejumlah pendatang tanpa izin yang bekerja di tapak binaan kondominium di Setapak, Kuala Lumpur dan ada pihak termasuk netizen mendakwa serbuan itu dibuat hasil laporan majikan sendiri.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok