SPRM sita lebih RM35 juta wang, harta penggodam sistem imigresen

April 9, 2021 · Isu semasa

Enam lagi individu, termasuk empat pekerja teknikal syarikat pembekal sistem komputer ditangkap selepas dipercayai menerima rasuah bagi menggodam sistem Jabatan Imigresen.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, dua lagi adalah kakitangan imigresen yang disyaki bersekongkol dengan sindiket menggodam rangkaian Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“Tangkapan terbaru ini adalah lanjutan dari operasi bersama Jabatan Imigresen yang telah dilaksanakan pada 6 April lalu di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Dalam operasi 6 April lalu, lima individu termasuk ketua sindiket bergelar Datuk dan seorang bekas pegawai imigresen ditangkap.

Menerusi kenyataan hari ini, Azam berkata, 147 akaun daripada 30 individu dan 11 syarikat yang berjumlah hampir RM10 juta telah dibekukan.

“Selain itu, dianggarkan sebanyak 30 unit hartanah berjumlah RM11,868,835 dan 66 buah kenderaan berjumlah RM13,691,847 turut disita serta dibekukan yang mana jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM25,560,682,” katanya.

Empat pekerja teknikal dan kakitangan imigresen yang ditangkap berusia antara 34 dan 42 tahun dikenal pasti terbabit menjalankan aktiviri penggodaman MyIMMs

“Penahanan keempat-empat pekerja syarikat pembekal tersebut telah membawa kepada penemuan beberapa komputer di JIM yang telah dilengkapi dengan peranti serta perisian penggodaman.

“Rentetan daripada itu beberapa perkakasan IT dan komputer telah disita daripada pejabat JIM. Turut disita komputer riba dan external hard disk milik pekerja syarikat pembekal sistem yang digunakan bagi tujuan penggodaman sistem.

“Setakat ini, pihak SPRM telah mengenal pasti empat hotel ternama sekitar sini yang telah dijadikan sebagai pusat operasi penggodaman,” katanya

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Saya tumpu pulihkan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul
June 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
22 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok