Najib tutup TV awal selepas United kena belasah 5-0

October 25, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak menutup televisyen lebih awal selepas tidak sanggup melihat kekalahan memalukan pasukan diminatinya Manchester United malam ini.

Pasukan kegemaran bekas Perdana Menteri tersebut dibelasah seterunya dengan teruk Liverpool dengan jumlah jaringan sebanyak lima gol dan ternyata mengecewakan peminat pasukan Syaitan Merah tersebut.

Najib dalam hantaran di Facebooknya menulis dengan penuh kecewa, “Tutup TV. Selamat malam.”

Hantaran Najib tersebut ditulis selepas United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama.

Lebih memalukan United tewas di tempat sendiri Old Trafford dan gagal mengekang kelincahan ayam tambatan Liverpool, Mohamed Salah yang merekodkan jaringan hatrik.

Derita United bermula seawal minit ke-5 selepas Naby Keita menyumbat gol pertama dan disusuli gol kedua 8 minit kemudiaan menerusi jaringan Diogo Jota.

Salah menyumbat gol ketiga dan keempat pada minit ke-38 dan minit akhir separuh masa pertama bagi menjadikan kedudukan 4-0 kekal pada separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Salah melengkapkan hatriknya pada minit ke-50 apabila menampilkan skil mengeleceknya untuk menewaskan penjaga gol United, David de Gea.

Lebih malang lagi, pemain gantian United, Paul Pogba yang dimasukkan separuh masa kedua dilayangkan kad merah pada minit ke-60 selepas mengasari Keita.

Kemenangan Liverpool menyaksikan kelab bimbingan Jurgen Klopp itu menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas mengumpul 21 mata, beza 1 mata dengan pendahulu liga Chelsea yang mengumpul 22 mata.

Untuk rekod, umum mengetahui Najib merupakan peminat tegar United yang sentiasa menyokong kelab kegemarannya itu.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
1 sen pun keluarga tidak terima wang 1MDB : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok