94.5 peratus individu dewasa, 48.7% remaja lengkap divaksin

October 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang melengkapkan suntikan vaksin masing-masing sejak 24 Februari lalu hingga semalam mencecah 94.5 peratus atau 22,126,379 individu.

Sementara 97.4 peratus atau 22,808,491 lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW.

Sehingga semalam juga sebanyak 44,863,825 dos vaksin telah diberikan, termasuk kepada 93,151 penerima dos penggalak.

Semalam sahaja sebanyak 29,670 dos vaksin diberikan membabitkan 16,845 individu dewasa melengkapkan dos kedua, 4,648 dos pertama dan 8,177 penerima dos penggalak.

Sementara itu, 48.7 peratus atau 1,533,774 remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 80.9 peratus atau 2,547,162 lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Sebanyak 19.1 peratus lagi remaja yang disasarkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) remaja bermula 20 September lalu, belum divaksin.

Semalam, seramai 77,509 remaja melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19, dan 6,368 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan program PICK, sebanyak 48,944,761 dos vaksin telah diberikan. Ia membabitkan 72.4 peratus atau 23,660,153 melengkapkan vaksinasi masing-masing, dan 77.6 peratus atau 25,355,653 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, seramai 94,354 individu telah lengkap divaksinasi, 11,016 menerima sekurang-kurangnya dos pertama dan 8,177 lagi menerima dos penggalak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok