Warga emas di rumah jagaan meninggal kerana Covid-19 bukan vaksin

October 23, 2021 · Isu semasa

Kematian seorang wanita warga emas yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di Kuala Lumpur pada 12 September lalu disebabkan Covid-19, bukan kerana vaksin.

Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr Param Jeeth Singh berkata wanita berusia 78 tahun itu disahkan positif Covid-19 pada 6 September iaitu hari keenam selepas menerima dos kedua vaksin pada 1 September, manakala dos pertama pada 8 Jun.

Beliau berkata wanita itu telah dirujuk oleh Pakar Perubatan Geriatrik ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk dirawat pada 7 September sebelum meninggal dunia di hospital tersebut.

Menurutnya Pakar Perubatan Geriatrik merujuk wanita itu ke HRC kerana mangsa termasuk dalam golongan berisiko tinggi disebabkan umurnya telah melebihi 60 tahun selain mempunyai komorbid dan jangkitan Covid-19 kategori tiga.

“Selain wanita itu, terdapat tujuh lagi penghuni rumah jagaan itu yang dirujuk dan dimasukkan ke HRC untuk rawatan lanjut pada 7 September.

“Wanita itu dirawat di HRC iaitu hospital merawat Covid-19 yang dikhaskan untuk warga emas. Namun demikian, keadaan kesihatannya didapati semakin merosot akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dan telah meninggal dunia pada 12 September,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai merujuk video tular menerusi media sosial berhubung kematian wanita berkenaan yang dipercayai dirakam anak wanita itu dengan mendakwa ia akibat kesan sampingan selepas menerima dos kedua vaksinasi Covid-19.

Dr Param Jeeth berkata kes Covid-19 di rumah jagaan itu bermula apabila seorang daripada kakitangannya bergejala dan ujian Covid-19 menunjukkannya positif pada 4 September.

Pada 5 September, seorang penghuni di rumah jagaan berkenaan yang berusia 87 tahun dan tiada sejarah vaksinasi Covid-19 meninggal dunia.

“Pejabat Kesihatan Cheras dimaklumkan perkara ini pada 6 September dan siasatan lanjut serta pengesanan kes telah mengenal pasti 11 kes Covid-19 dalam kalangan penghuni dengan tiga daripadanya tidak pernah menerima vaksin Covid-19 manakala empat kes dalam kalangan pekerja.

“Kluster yang diisytihar pada 10 September ini melaporkan dua kematian dalam kalangan penghuninya iaitu seorang warga emas yang tidak menerima vaksin Covid-19 dan seorang lagi adalah wanita itu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok