AirAsia sambung operasi penuh di Thailand mulai 1 November

October 22, 2021 · Isu semasa

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menyambung semula operasinya dari pangkalan AirAsia Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi – lapangan terbang baharu di Bangkok – mulai 1 November ini, susulan kelonggaran sekatan yang diumumkan kerajaan Thailand.

AirAsia dalam kenyataan berkata syarikat itu akan memulakan penerbangan di enam laluan dari Bangkok ke Chaing Mai, Nan, Phuket dan Nakhon Si Thammarat pada 1 November ini, dan ke Chiang Rai serta Krabi mulai 19 November, dengan mengamalkan protokol kesihatan yang tinggi.

“Pada minggu-minggu mendatang, AirAsia Thailand juga akan menawarkan 36 laluan ke 23 destinasi dengan mengendalikan 60 penerbangan sehari,” kata AirAsia.

Pihak berkuasa Thailand sebelum ini membenarkan syarikat penerbangan domestik beroperasi dengan kapasiti penuh mulai 16 Oktober lalu susulan kelonggaran sekatan Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand, Santisuk Klongchaiya, berkata kempen pelancongan domestik dan dasar untuk membuka semula negara mulai 1 November 2021 adalah isyarat positif bagi industri pelancongan, dengan menyatakan bahawa sejak dua bulan terakhir, AirAsia telah menyaksikan pertumbuhan berterusan dalam permintaan perjalanan dan jumlah penumpang yang menempah setiap penerbangan.

“Perkembangan ini mendorong syarikat penerbangan untuk meneruskan lebih banyak laluan dan meningkatkan lagi frekuensi penerbangan tepat pada waktunya untuk musim puncak perjalanan pada suku akhir tahun ini,” katanya.

AirAsia juga yakin tempoh pemulihan semakin hampir untuk industri penerbangan dan pelancongan kerana terdapat banyak permintaan untuk perjalanan udara yang telah lama berkembang.

“Oleh itu, AirAsia telah memutuskan untuk beroperasi semula dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan melancarkan semula enam laluan popular pada bulan November ini,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Asia Aviation Public Company Ltd (AAV) akan menyuntik 3.9 bilion baht (RM485.93 juta) ke dalam Thai AirAsia Co Ltd (TAA) menerusi penerbitan ekuiti baharu di bawah Pelan Penstrukturan dan Pemodalan Semula AAV/TAA.

TAA adalah anak syarikat tidak langsung AirAsia Group Bhd (AAGB).

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata suntikan itu akan meningkatkan pemegangan langsung AAV dalam TAA daripada 55 peratus kepada 69.2 peratus, dan ini sekali gus, mengurangkan pemegangan langsung AirAsia Aviation Ltd (AAA) dalam TAA kepada 30.8 peratus daripada 45 peratus sebelum itu.

AAA adalah anak syarikat milik penuh AirAsia Group.

“Keseluruhan hasil daripada penerbitan ekuiti baharu itu akan digunakan oleh TAA untuk membayar semula sebahagian daripada baki antara syarikat yang masih berhutang kepada AAGB dan anak syarikatnya. Susulan daripada itu, AAA akan menjual 30.8 peratus pegangan sahamnya yang bersamaan dengan 19.6 juta saham dalam TAA pada harga 3.8 bilion baht (RM473.46 juta),” katanya.

AirAsia Group berkata penstrukturan semula itu akan menguntungkan TAA berikutan penyelarasan semula proses membuat keputusan, yang membolehkan TAA (menerusi AAV) memanfaatkan pasaran modal dengan lebih signifikan dan berdaya saing pada masa depan.

“Selain itu, selepas selesai kelak, kepentingan pemegangan saham AirAsia Group dalam TAA akan menerusi saham AAV yang disenaraikan dan diniagakan, berbanding pemegangan saham TAA yang tidak tersenarai secara langsung pada waktu ini,” katanya.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok