Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik

May 16, 2023 · Dunia

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata beliau akan melakukan yang terbaik sebagai ketua kerajaan sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Prayuth, calon perdana menteri parti United Thai Nation (UTN) membuat kenyataan sulung itu selepas pilihan raya pada Ahad yang menyaksikan partinya sekadar memenangi 36 daripada 500 kerusi, menurut laporan Bernama.

Beliau yang akan melepaskan jawatan perdana menteri membuat kenyataan itu kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Prayuth turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana telah melaksanakan hak mereka dan mengucapkan tahniah kepada semua parti politik.

Beliau menyeru rakyat supaya bersatu dalam mempromosi perpaduan untuk pembangunan, kestabilan, kemakmuran dan kelestarian negara.

Bagaimanapun, Prayuth enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai karier politiknya selepas partinya kecundang dalam pilihan raya itu.

Pada pilihan raya itu, dua parti pembangkang – Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai – memperoleh 292 daripada 500 kerusi.

Dengan 99 peratus undi dikira, parti prodemokrasi yang dipacu golongan muda Move Forward mendahului dengan 152 kerusi manakala Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thailand yang dibuang negeri Thaksin Shinawatra, memenangi 141 kerusi.

Parti Bhumjaithai yang diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul (71 kerusi), Palang Pracharat yang merupakan parti utama gabungan pemerintah yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan (40 kerusi).

Parti-parti di barisan depan sedang berusaha membentuk gabungan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
MP Labuan pula isytihar sokong PMX selepas Iskandar Dzulkarnain
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok