Norhizam bukan calon PH dalam PRN selepas DAP beri tekanan

October 21, 2021 · Politik

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Norhizam Hassan Baktee tidak akan diterima sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Keputusan itu diumumkan Majlis Presiden PH hari ini, ia susulan pendirian DAP yang memberi tekanan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima bekas ADUN Pengkalan Batu tersebut.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden PH memutuskan bahawa Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon dalam PRN Melaka,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga berkata empat bekas ADUN tersebut masih tidak menganggotai mana-mana parti dalam PH, oleh sebab itu soal pencalonan mereka tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan mereka.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR merangkap Pengerusi PH Anwar, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Terdahulu, Anwar dibidas Guan Eng kerana cuba membawa empat bekas ADUN itu masuk dalam gabungan tersebut, malah Anwar sudah bertemu dengan mereka beberapa kali sejak jatuhnya kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Terbaharu dalam satu majlis PH Melaka, empat bekas ADUN yang diketuai Datuk Seri Idris Haron itu hadir pada majlis bersama dengan Anwar dan buat kali pertama melaungkan slogan keramat PKR ‘reformasi’ di atas pentas.

Empat bekas ADUN tersebut terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Idris (Sungai Udang); Norhizam (Pengkalan Batu); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

Kerajaan Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu selepas empat bekas ADUN berkenaan umum hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Susulan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November dengan tempoh berkempen selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok