1MDB: Tiada siapa halang Arul Kanda hadir prosiding PAC

October 20, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa tiada siapa yang menghalang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy daripada menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan laporan audit akhir syarikat itu.

Bekas Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN), Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 65, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda atas tuduhan meminda laporan audit akhir 1MDB.

Sri Ram: Pada pengetahuan anda, adakah anda atau sesiapa menghalang Arul Kanda daripada menghadiri mesyuarat PAC untuk memberikan penjelasannya?

Saadatul Nafisah: Tidak.

Sri Ram: Jadi, anda tidak buat apa-apa untuk menghalangnya?

Saadatul Nafisah; Ya.

Bagaimanapun, beliau berkata Arul Kanda menghadiri mesyuarat pada 25 Februari 2016, iaitu sehari selepas satu mesyuarat yang pegawai kanan kerajaan bersetuju meminda laporan asal 1MDB, lapor Bernama.

“Beliau datang dengan laporan meminta pindaan,” kata saksi pendakwaan ketujuh itu, sambil menambah bahawa perkara yang berlaku pada 24 dan 25 Februari 2016 itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAC.

Menjawab soalan lain, Saadatul Nafisah, yang menyifatkan laporan audit 1MDB sebagai laporan audit khusus, berkata laporan audit mengenai projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2) juga merupakan laporan khusus.

Beliau berkata laporan audit khusus mengenai 1MDB dan projek klia2 juga dianggap bersifat siasatan.

“Ini kerana tidak seperti audit biasa yang dibuat JAN, laporan audit khusus diminta oleh kabinet atau PAC, dan juruaudit diberi kuasa bukan sahaja mendapatkan maklumat daripada pihak diaudit tetapi juga daripada pihak lain,” tambahnya.

Sri Ram: Anda menyifatkan ini (1MDB) sebagai audit khusus. Adakah ini kali pertama dilakukan (oleh JAN)?

Saadatul Nafisah: Tidak. Kami telah melakukan beberapa kali sebelum ini. Terdapat permohonan daripada kabinet mengenai projek klia2.

Beliau berkata audit mengenai projek klia2 dijalankan semasa Najib menjadi perdana menteri tetapi beliau (Najib) tidak meminta salinan laporan ataupun sebarang perubahan pada laporan itu.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi mengelak Ahli Parlimen Pekan itu dikenakan tindakan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 29 November.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok