MP PKR akui PH punca krisis, salahkan Anwar jumpa 4 ADUN ?

October 19, 2021 · Politik

Pakatan Harapan (PH) sebenarnya menjadi punca krisis politik di Melaka, ia diakui seorang Ahli Parlimen (MP) PKR ia selepas pendedahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkomplot bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan.

MP Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim walaupun tidak secara langsung menunding jari kepada Anwar, ia diketahui umum empat ADUN tersebut bertemu dengan Presiden PKR itu sehingga menimbulkan spekulasi wujud komplot hampir sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Hassan mendakwa krisis Melaka adalah disebabkan kegagalan PH sendiri dalam menangani isu yang menjadi punca kemelut di negeri tersebut, malah tidak ada garis panduan diberikan sehingga mengakibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan.

“Saya juga berpandangan PH di peringkat pusat turut gagal menangani krisis ini dengan baik.

“Mereka gagal memberikan panduan dan pimpinan yang betul sehingga apa yang terjadi di Melaka sekarang membawa kepada suatu fiasco kepada PH Melaka dan PH seluruhnya,” kata Hassan dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengetuai kumpulan yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan tular pendedahan pertemuan dengan Anwar sebelum ini.

Agenda Daily melaporkan gambar tular Idris bersama tiga bekas ADUN bertemu Anwar sebelum ini dan ia diakui sendiri oleh Presiden PKR itu sendiri.

Malahan semalam, Idris bersama tiga bekas ADUN itu juga sekali lagi bertemu dengan Anwar dalam satu pertemuan di hotel dan mengharapkan dapat bertanding atas tiket PH dalam PRN nanti.

Tiga lagi bekas ADUN yang hadir adalah Datuk Nor Azman Hassan(Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon PRN Melaka pada 8 November manakala undi awal pada 16 November dan hari mengundi 20 November.

Kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman jatuh selepas tindakan dua ADUN UMNO bersama dua lagi ADUN menarik sokongan terhadapnya sehingga kehilangan majoriti.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok