Sudah dapat pasport jangan ikut jejak Sajat pula

October 19, 2021 · Isu semasa

Selepas laporan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang didakwa berjaya memasuki Australia, kini kebimbangan timbul sekiranya beberapa pemimpin politik negara yang berdepan kes mahkamah dan dikembalikan pasport bakal mengikut jejak sama.

Usahawan kosmetik dalam buruan pada awalnya mahu diekstradisi pulang untuk berdepan kes mahkamah dihadapinya, bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh kerajaan Thailand dan diterbangkan pula ke negara kanggaru.

Baru-baru ini, mahkamah sudah membenarkan permohonan memulangkan semula pasport kepada tiga personaliti politik negara yang terpalit dengan kes rasuah dan pendakwaan dalam negara, ia menyebabkan kritikan umum yang mempersoalkan keputusan tersebut ketika perbicaraan masih berjalan.

Ketiga-tiga mereka memberi alasan atas urusan peribadi untuk meminta pasport tersebut dipulangkan walhal kes-kes perbicaraan yang dihadapi melibatkan isu kepentingan awam dan mendapat liputan segenap pelosok negara.

Malah, lebih menimbulkan tanda-tanya pemulangan pasport tersebut dibuat secara serentak dan seakan-akan seperti dirancang.

Lebih tidak adil lagi, mengapa keistimewaan sedemikian diberikan kepada individu yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah, apakah di Malaysia kini sudah ada dua set bentuk undang-undang yang membezakan orang kenamaan dan orang biasa?

Lebih merisaukan, bagaimana akan terjadi sekiranya personaliti yang dipulangkan pasport tersebut tidak pulang semula ke negara, adakah pihak berkuasa terpaksa melakukan pencarian sama seperti menjejaki ahli perniagaan, Jho Low yang sampai hari ini gagal dibawa pulang.

Kegagalan membawa pulang Nur Sajat juga harus dijadikan satu pengajaran dan pengalaman berguna untuk direnungi, lihat bagaimana terjadi apabila permintaan untuk ekstradisi tersebut ditolak oleh negara luar.

Bahkan berita pemulangan pasport tersebut sudah sampai ke negara jiran, komen-komen dalam media sosial di negara tersebut mencemuh dan tidak kurang juga ramai yang secara sini mengkritik sistem perundangan negara.

Ia amat memalukan apabila negara luar juga sudah berani memperlekehkan sistem undang-undang negara, dimana kita mahu letak muka apabila negara sendiri pun dihina akibat kerana angkara individu tertentu yang kononnya tidak bersalah.

Dalam kes Nur Sajat, apakah lagi langkah yang boleh diambil pihak berkuasa negara untuk mengekstradisi usahawan kosmetik itu untuk dibawa pulang, bukankah sebelum ini permohonan untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar di Australia juga menemui kegagalan.

Untuk rekod, Sirul melarikan diri ke Australia pada 2015 dan sehingga masih berada dalam tahanan disana.

Berkemungkinan Nur Sajat juga akan terselamat apabila berada di Australia sama seperti Sirul, namun kebimbangan kini bagaimana pula jika personaliti yang dikembalikan pasport mereka baru-baru ini akan mengikut jejak sama seperti kedua-dua rakyat Malaysia yang sedang mencari suaka di Australia itu?

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok