Waspada bawa anak balik kampung

October 18, 2021 · Isu semasa

Sejak kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri dijalankan, ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang keemasan untuk pulang ke kampung bertemu dengan orang tersayang. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum membawa keluarga terutamanya anak-anak balik kampung.

Dalam konteks ini, orang ramai dinasihatkan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika membawa anak  ke luar rumah sama ada ketika balik kampung atau bercuti-cuti.

Menurut Pakar Pediatrik dan Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Dr Husna Musa, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan sepanjang melakukan aktiviti luar bagi memastikan keselamatan anak-anak yang belum diberi vaksin tertutama ibu bapa yang ingin membawa mereka balik ke kampung.

“Pertama, pastikan semua kaum keluarga telah menerima vaksinasi. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak sihat dan oran tua di kampung tidak mempunyai sebarang gejala.

“Jika boleh, digalakkan untuk melakukan test Covid19 sebelum memulakan perjalanan. Semasa dalam perjalanan atau sampai ke destinasi yang dituju, pastikan tidak berkumpul sesama ahli keluarga dalam keadaan yang sesak, pastikan ventilasi di kampung baik dengan membuka tingkap dan kipas,” katanya.

Secara amnya, semakin dekat anda berinteraksi dengan orang lain dan semakin lama interaksi semakin tinggi risiko penyebaran Covid-19.

“Saya tahu sukar bagi semua orang, termasuk kanak-kanak. Mereka perlu keluar dan berinteraksi. Anak-anak perlu dibawa keluar untuk menghirup udara yang nyaman dan boleh berlari-lari untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental yang seimbang.

“Jadi sebagai ibu bapa kita perlu memastikan bahawa mereka mampu melakukannya dengan cara yang lebih selamat. Bawa anak ke taman, zoo, atau taman rekreasi pada hari yang kurang sesak. Jika berjalan-jalan ‘indoors’ contohnya di pusat beli belah, sangat penting untuk elak hari yang sesak kerana risiko penularan adalah lebih tinggi, lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang masih belum divaksin,” katanya.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok