Mohon dos penggalak dengan MySejahtera jika mahu menunaikan umrah

October 16, 2021 · Isu semasa

Permohonan suntikan dos penggalak (booster dose) boleh dibuat orang ramai yang mahu menunaikan ibadah umrah menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata permohonan akan dibuat pada bulan ini dan jemaah umrah juga boleh memohon kepada Kementerian Kesihatan jika vaksin yang diterima sebelum ini bukan jenis yang disyaratkan oleh Arab Saudi.

“Untuk yang nak pergi umrah dan ada syarat daripada negara negara luar untuk hanya menerima sejenis vaksin dan bukan vaksin yang telah mereka menerima, bakal jemaah boleh mohon pada Kementerian Kesihatan.

“Kita akan buat permohonan itu dalam MySejahtera dan mungkin dalam bulan ini kita akan buka kemudahan booster untuk mereka yang terpaksa ambil disebabkan syarat untuk negara lain,” katanya dipetik dalam satu laporan.

Terdahulu, Khairy menghadiri dan merasmikan 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 hari ini.

Bagaimanapun, Khairy berkata berharap Arab Saudi dapat mengikuti langah seperti United Kingdom (UK) yang membenarkan rakyat Malaysia yang diberikan Pfizer and AstraZeneca masuk tanpa kuarantin malah turut mempertimbangkan permintaan untuk vaksin jenis lain-lain.

“Tapi pada masa yang sama saya mengambil contoh United Kingdom (UK), mereka membenarkan rakyat Malaysia yang diberikan Pfizer and AstraZeneca masuk tanpa kuarantin malah turut mempertimbangkan permintaan kita untuk vaksin lain.

“Harapnya mereka akan bersetuju dan sama juga dengan Arab Saudi,” katanya lagi.

Tambah Khairy, banyak negara Islam menggunakan Sinovac seperti Indonesia, Pakistan dan Turki dan oleh itu, penting untuk kerajaan Arab Saudi memahami perkara itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok