9,426 pelajar UM mula kembali ke kampus, konvokesyen 20 November

October 15, 2021 · Isu semasa

Seramai 800 pelajar Universiti Malaya (UM) mula mendaftar untuk memasuki kampus secara fizikal hari ini, kata Timbalan Naib Canselor, Profesor Sabri Musa.

Menurutnya, sesi pendaftaran kolej kediaman norma baharu pada sesi akademik kali ini berlangsung secara fizikal selama tiga hari sehingga 17 Oktober ini melibatkan pelajar dari semua tahun pengajian.

“Jumlah keseluruhan pelajar yang memohon kebenaran kembali ke kampus adalah 9,426 orang dan daripada jumlah ini, 7,035 pelajar akan mendaftar di kolej kediaman dan daripada jumlah tersebut, hampir 4,000 pelajar adalah pelajar baharu ijazah sarjana muda sesi kemasukan 2021/2022.

“Semua pelajar diwajibkan hadir ke Point of Assembly (P.O.A) bagi menjalani proses saringan kesihatan dan lapor diri sebelum memasuki kolej kediaman yang telah ditawarkan.

“Tiga P.O.A telah ditetapkan iaitu di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Dewan Tunku Canselor dan Padang Palapes. Sesi pendaftaran pelajar buat masa ini berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabri berkata pihak universiti telah menetapkan hanya pelajar bersama dua orang ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap dos vaksin Covid-19 dibenarkan untuk hadir ke universiti.

Malah jelasnya, pelajar yang mendaftar perlu menjalani ujian kendiri Covid-19 menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang dibekalkan di P.O.A.

Beliau berharap pelajar yang telah kembali ke kolej kediaman terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19 di kampus.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Istiadat Konvokesyen UM, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata Istiadat Konvokesyen UM Ke-60 akan diadakan bermula 20 hingga 27 November bertempat di Dewan Tunku Canselor.

Menurutnya, konvokesyen itu adalah istiadat tertangguh tahun lalu dan diadakan khusus kepada lebih 6,000 graduan yang telah menamatkan pengajian pada 2020.

“Manakala graduan yang menamatkan pengajian pada tahun ini, istiadat konvokesyen ke-61 akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Katanya, konvokesyen itu akan dianjurkan dengan mengikut norma baharu serta mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan, dengan hanya membabitkan kehadiran graduan dalam dewan mengikut sidang istiadat masing-masing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok