Kes di 9 negeri naik, Selangor tertinggi

October 13, 2021 · Isu semasa

Sembilan negeri hari ini merekodkan peningkatan jumlah jangkitan baharu Covid-19 berbanding lapan yang dilaporkan semalam, dengan Selangor kembali mencatat kes tertinggi.

Berdasarkan jumlah kes yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri, dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Selangor merekodkan 1,449 jangkitan baharu berbanding 1,302 yang dicatat semalam, menjadikan keseluruhan kes di negeri itu melonjak kepada 692,408 kes.

Sarawak kembali merekodkan jangkitan baharu empat angka apabila mencatat 1,165 kes baharu, berbanding 834 semalam.

Jumlah baharu itu menjadikan keseluruhan kes positif di negeri berkenaan naik kepada 226,253 kes.

Sabah juga merekodkan peningkatan jangkitan baharu hari ini apabila mencatat 751 kes berbanding 707 semalam, diikuti Johor (703 kes baharu, 665 semalam).

Sementara itu, Terengganu pula merekodkan 499 kes baharu hari ini berbanding 420 semalam; Pulau Pinang (474 hari ini, 406 semalam); Perak (405 hari ini, 336 semalam); Kuala Lumpur (309 hari ini, 253 semalam); dan Negeri Sembilan (167 hari ini, 138 semalam).

Sementara itu, jumlah kes yang direkodkan di pulau peranginan Langkawi yang mula dibuka semula kepada pelancong pada 26 September lalu, turun daripada 30 kes semalam kepada 29 kes hari ini.

Bagaimanapun, dua mukim iaitu pusat pentadbiran daerah, Kuah, mencatat peningkatan apabila merekodkan 15 kes baharu berbanding sembilan semalam, dan Ulu Melaka (lima kes baharu, dua semalam).

Sehingga kini, sebanyak 371 kes masih aktif. Sebanyak 5,821 jangkitan Covid-19 dilaporkan di pulau itu sejak awal tahun lalu hingga hari ini, dengan 5,376 pesakit telah sembuh dan 74 kematian.

Pecahan kes mengikut mukim di Langkawi 13 Oktober 2021. – Sumber PKDLangkawi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok