Wajib kuasai bahasa Melayu nak jadi warganegara: KDN

October 13, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan penguasaan bahasa Melayu sebagai syarat utama sebelum permohonan kewarganegaraan diluluskan.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said yang berkata syarat itu juga melibatkan individu berkenaan yang memiliki Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan sijil kelahiran Malaysia.

“Saya faham banyak permohonan kewarganegaraan dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), sama ada bawah Perkara 19, Perkara 15(1) atau Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan.

“Cuma, asasnya adalah (pemohon) mempunyai pengetahuan berbahasa Melayu. Ini syarat untuk individu yang lahir dalam Persekutuan sebelum merdeka, iaitu mesti memahami dan menguasai bahasa Melayu, serta berkelakuan baik melalui tapisan PDRM,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Selain itu, beliau berkata, individu memohon kewarganegaraan juga perlu memiliki rekod kelakuan yang baik dengan melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini sangat penting dalam usaha kita menilai dan memproses bagi memberi kad pengenalan (MyKad) dan kewarganegaraan mengikut undang-undang negara,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan tambahan N Balasubramaniam mengenai punca masih ramai individu yang lahir sebelum merdeka, khususnya masyarakat India, belum diberi kad pengenalan biru.

Terdahulu, menjawab soalan asal Seruandi Saad mengenai rancangan kerajaan untuk mempertimbangkan isu kad pengenalan merah bagi masyarakat Siam yang lahir sebelum merdeka tetapi belum mendapat taraf warganegara, Ismail berkata, individu terbabit boleh membuat permohonan bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, antara syarat permohonan kewarganegaraan mengikut Perkara 16 ialah berusia 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan; bermastautin dalam Persekutuan bagi tempoh tujuh tahun terdahulu dan tidak kurang lima tahun pada tarikh permohonan dikemukakan; serta pemohon berniat bermastautin dalam Persekutuan.

Selain itu, katanya, pemohon perlu berkelakuan baik; mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu; serta mengisi borang dengan lengkap dan menyertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan.

“Setiap fakta dan dokumen sokongan yang dikemukakan akan diteliti sewajarnya mengikut giliran.

“Sehubungan itu, tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok