Pelakon ‘Budak Pailang’, pengarah, penolong mengaku miliki dadah

October 12, 2021 · Isu semasa

Pelakon drama dan filem, Muhamad Niezam Mohd Zaidi serta dua yang lain mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini atas tuduhan memiliki dadah.

Muhamad Niezam, 29, bersama pengarah Mohd Latif Zami, 49, dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 43, mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah jenis cannabis dan methamphetamine.

Memetik Bernama, ketiga-tiga mereka, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Muhamad Niezam dan Mohd Latif didakwa masing-masing memiliki 1.15 gram dan 0.3 gram dadah jenis cannabis di sebuah rumah di No 835, Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2, di sini pada 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Saiful Zaidrin pula, didakwa memiliki 0.38 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine pada tempat, tarikh dan masa sama dan dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM6,000 bagi Muhamad Niezam dan Mohd Latif manakala RM8,000 bagi tertuduh ketiga.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Intan Shafini Mior Shahrin yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak-anak guamnya baharu sahaja memulakan penggambaran pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum.

Mahkamah membenarkan Muhamad Niezam dan Mohd Latif masing-masing diikat jamin RM3,000 dan RM2,600 manakala jaminan RM3,200 bagi Saiful Zaidrin berserta seorang penjamin.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari kemudian menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia.

Terdahulu, kesemua tertuduh tiba di bangunan mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari dengan pakaian lokap polis berwarna ungu.

Mengikut kenyataan polis sebelum ini, kesemua mereka ditahan di set lokasi penggambaran di sebuah rumah inap desa di taman tersebut.

Muhamad Niezam sebelum ini terkenal dengan lakonan di dalam filem Budak Pailang dan Highland Tower, selain drama seperti Diari Platun, Dewi Lasak dan Mencintaimu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok