Kerang Sungai Geting tercemar, jangan makan!

October 11, 2021 · Isu semasa

Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menasihatkan orang ramai supaya tidak memakan kerang-kerangan yang diperoleh dari perairan Sungai Geting di Kota Bharu, kerana disyaki tercemar dengan alga merah.

Pengarahnya Nazri Ishak berkata analisis makmal biosekuriti perikanan mendapati kerang-kerangan di kawasan tersebut telah tercemar dengan toksin saraf atau saxitoxin.

Sehubungan itu katanya, orang ramai juga dilarang melakukan aktiviti memungut dan menjual hasil kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah, lala serta lain-lain, yang diperoleh dari kawasan berkenaan.

Menurut beliau larangan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

“Adalah dimaklumkan bahawa keputusan analisis daripada pihak Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati, kerang-kerangan di kawasan tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.

“Kerang-kerangan yang telah tercemar oleh ‘alexandrium minutum’ sekiranya dimakan boleh menyebabkan keracunan berbahaya serta memudaratkan kesihatan manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazri berkata Sungai Geting sememangnya lokasi biasa berlakunya serangan alga merah ekoran banyak faktor antaranya akibat cuaca panas.

“Kerang-kerangan berfungsi sebagai penapis dan ia akan menapis bahan seperti alga dan jika ditapis sehingga tahap tinggi, apabila dimakan ia boleh menyebabkan keracunan.

“Kita akan buat pensampelan ini setiap minggu hingga keadaan selamat untuk dimakan. Sebagai langkah kawalan kita mengarahkan supaya tidak mengutip kerang-kerangan tersebut, sehingga kerja siasatan selesai dan dijamin selamat,” katanya.

Sementara itu, Nazri berkata hasil siasatan yang dijalankan juga mendapati tidak semua kerang-kerangan yang dijual di tepi jalan berhampiran Pantai Geting diperoleh atau dikutip dari kawasan yang tercemar itu.

“Jabatan Perikanan Kelantan sudah melakukan tinjauan dan penjual memaklumkan bekalan kerang-kerangan mereka bukan diperoleh dari perairan Sungai Geting.

“Oleh itu kita nasihatkan orang ramai yang mahu membeli kerang-kerangan ini untuk bertanya dan tahu dari mana ia diambil,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok