Guna nama Ahmad Maslan tipu RM50 ribu, seorang lelaki didakwa

October 11, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth hari ini atas penipuan yang dilakukannya dengan menggunakan nama bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan sehingga mengakibatkan kerugiaan sebanyak RM50,000.

Lelaki tersebut, Kamarul Ramizu Idrus, 54, memperdaya seorang individu dengan mengakui dirinya adalah pembantu peribadi kepada Ahmad untuk mendapatkan wang tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga seorang peniaga itu membuat pengakuan tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, Kamarul Ramizu didakwa cuba menipu dan memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk menyerahkan wang RM50,000 dengan mempercayai dia merupakan pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan dan akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan emas.

Perbuatan yang didakwa dilakukan pada 6 Julai 2015 itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) ASPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Norhayati menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan dua penjamin.

Selain itu, Norhayati turut mengarahkan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember ini bagi tarikh pengurusan kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri dan Pegawai Pendakwa Siti Mastura Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Banjir di Jempol, Gemas terburuk dalam tempoh 50 tahun
January 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok