Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak dibenarkan memasuki stadium semalam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara kumpulan Santos dan Gremio kerana masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Perlawanan itu merupakan buat pertama kalinya membenarkan kehadiran penyokong bagi kumpulan itu sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara itu.
Sebelum ini, semua perlawanan bola sepak yang diadakan tanpa kehadiran penyokong.
Jurucakap Santos memaklumkan, semua penyokong yang ingin memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan itu perlulah lengkap divaksin dua dos.
Sehingga kini, masih tiada pihak dari Pejabat Presiden yang hadir ke kelab bola sepak itu untuk memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.
Bolsonaro mendakwa, dirinya mempunyai antibodi Covid-19 memandangkan beliau sudah dijangkiti virus itu sebelum ini dan beliau bertindak untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin.
Sebelum ini, Presiden Brazil sendiri telah menggesa rakyatnya di negara itu untuk segera mendapatkan vaksin bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19, malah Bolsonaro sendiri menolak untuk divaksin.