Arab Saudi benar umat Islam Malaysia pilih tiga jenis visa umrah

March 17, 2022 · Dunia

Kerajaan Arab Saudi membenarkan umat Islam Malaysia memilih tiga jenis visa elektronik bagi menunaikan umrah menerusi Program Doyof Al-Rahman atau tetamu Allah.

Jenis visa yang disediakan menerusi program itu ialah visa lawatan untuk tujuan umrah; visa umrah melalui ejen asing; dan visa transit umrah.

Doyof Al-Rahman adalah salah satu daripada beberapa program yang telah dilancarkan di bawah payung Wawasan Saudi 2030.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman dan kemampuan haji dan umrah serta perkhidmatan yang diberikan kepada tetamu Allah, lapor SaudiGazette.

Negara-negara yang akan mendapat manfaat daripada tiga visa umrah termasuk United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, China, Jepun, Jerman, Perancis, Itali, Kazakhstan, Brunei, Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia , Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Belanda dan Greece.

Senarai itu juga termasuk Iceland, Ireland, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Montenegro, Norway, Poland, Portugal, Romania, Russia, San Marino, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Ukraine, Australia dan New Zealand.

Sementara itu, direktorat pasport atau Jawazat di Makkah memberi amaran akan mengenakan denda sehingga SR25,000 terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan haji dan umrah yang gagal memastikan setiap jemaah mereka kembali ke negara asal sebelum tempoh visa tamat.

“Bagi setiap jemaah yang tinggal melebihi tempoh visa, pihak berkuasa akan mengenakan denda SR25,000 terhadap penyedia perkhidmatan haji dan umrah,” kata jurucakap Jawazat, Kapten Abdul Rahman Al-Qathami.

Menurutnya penalti akan dikenakan kepada syarikat haji dan umrah kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab menghantar balik jemaah sebelum visa mereka tamat.

Sebanyak 208 syarikat telah didapati bersalah melakukan pelanggaran dan penalti dikenakan ke atas setiap syarikat tersebut, katanya sambil menyatakan bahawa denda terhadap pelanggaran itu akan bermula daripada SR25,000 bagi setiap jemaah. – SaudiGazette

Berita berkaitan
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok